Sunday, September 13, 2009

Thursday, September 10, 2009

Sistem Penyampaian Kerajaan
Thursday, 10 September 2009
Apabila saya mengambil alih pentadbiran kerajaan, saya telah membuat kesimpulan iaitu hala tuju kerajaan di bawah pentadbiran saya hendaklah berjaya mencapai transformasi nasional dengan mengangkat ungkapan kata Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kemajuan yang telah kita capai setakat ini.Sebaik sahaja menyempurnakan hari ke-100 saya yang begitu penting sekali dalam pentadbiran, saya telah mengumumkan sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ketat untuk negara. Semua ini telah ditetapkan bagi kesemua kementerian di samping enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NJRA). KPI ini merupakan mekanisme penyampaian yang direncanakan untuk membantu kita mencapai hasil yang dihajati. Hasil yang kita harap dapat dicapai ádalah sama dengan apa yang telah ditekankan oleh pentadbiran yang lalu di bawah Wawasan 2020: untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara membangun yang berpendapatan tinggi.Ini merupakan satu matlamat yang istimewa. Kita telah lama menetapkan sasaran untuk mencapainya pada 2020 seperti yang terangkum dalam dasar Wawasan 2020. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan merupakan satu kenyataan yang menyelaraskan kedudukan sosioekonomi Malaysia masa kini dengan matlamat ini, melalui pelaksanaan KPI dan NKRA yang berkesan. Dengan yang demikian mengintegrasikannya, dengan licin dan lancar sebagai sebahagian daripada perjalanan ini.Kini, setelah lima bulan berlalu, fasa pertama telah berjaya dilaksanakan. Dengan segala perancangan, pembangunan dan penjajaran program selesai, kami kini sedang memasuki fasa pelaksanaan. Tugas sebenar kami akan bermula sebaik sahaja transformasi perkhidmatan kerajaan berlaku.Minggu sudah, Dato’ Sri Idris Jala telah dilantik untuk mengawal selia banyak perubahan pengurusan prestasi yang diperlukan dalam kerajaan secara keseluruhannya.Beliau akan mengetuai satu unit yang dinamakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). Idris akan bekerjasama dengan Dr. Koh Tsu Koon dalam isu-isu yang berkaitan dengan Pemandu. Idris cemerlang di sektor awam, setelah berjaya mengubah kedudukan sistem penerbangan negaraSaya melihat inisiatif-inisiatif ini – KPI dan NKRA – lebih daripada akronimnya. Ia mengemukakan langkah-langkah yang jelas yang dirancang untuk memastikan saya dan rakan-rakan seperjuangan saya di dalam kerajaan sentiasa bekerja untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada keperluan semua rakyat Malaysia.Satu lagi bidang yang ingin saya berikan tumpuan ialah kecekapan khidmat kaunter Kerajaan . Perkhidmatan kaunter menyediakan barisan hadapan kita untuk berinteraksi dengan orang awam dan perlu memberikan amalan perkhidmatan yang terbaik. Bagi memastikan rangka pusat sehenti ini benar-benar dapat dilaksanakan, penambahbaikan akan dibuat untuk menentukan proses-proses yang lebih pantas dan lebih kemas, perkhidmatan yang lebih berorientasikan pelanggan, dan sistem integrasi antara jabatan yang lebaih baik.Melalui pelaksanaan perubahan-perubahan yang dirancang ini, kami boleh memberikan hasil yang dapat dinyatakan kuantitinya. Ini akan menjadikan Kerajaan lebih pandai, lebih berkesan dan lebih bertanggungjawab.Sejak mengambil alih pentadbiran, saya tegas dan komited untuk mentransformasikan kualiti kehidupan semua rakyat Malaysia dengan menambah baik kecekapan Kerajaan. Saya percaya anggota Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang serius untuk mengotakan janji-janji yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia. Saya mempelawa anda semua agar terus memberikan maklum balas yang membina supaya kita boleh maju ke hadapan dan sama-sama melaksanakan transformasi ini dengan sempurna.

Pemikiran Tun Mahathir Mohamad/Penyunting,Ramlan Adam

Wednesday, September 9, 2009

gembira di hari raya

bergema takbir raya
sayu hati terkenang kampung halaman
tak apa!
asal hati happy!
ok! Beb

betul tak? betul tak?
jawab lah...........

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aiditri kami ucapkan kepada semua umat muslimin dan muslimat dimana saja berada. Semoga berbahagia meraikannya bersama keluarga dan sahabat handai. kami tak balik kampung tahun ini.

Indonesia akan lindungi warga Malaysia di republik itu


KUALA LUMPUR 9 Sept. - Kerajaan Indonesia telah memberi jaminan bahawa keselamatan rakyat Malaysia di republik itu dilindungi.
Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dalam kenyataannya di sini berkata, jaminan itu disampaikan oleh Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Da'i Bachtiar yang dipanggil ke Wisma Putra hari ini.
Menurutnya, Kerajaan Indonesia telah diminta mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di republik itu serta pada masa yang sama membendung tindakan agresif kumpulan ekstremis.
"Duta Besar Indonesia telah dipanggil hari ini untuk kita sampaikan pendirian Malaysia dalam isu konflik ini selepas mendapati ia menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.
"Da'i telah menghubungi Menteri Luar Indonesia dan Ketua Polis Indonesia yang kemudian memberi jaminan akan melindungi keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia," katanya.
Setakat ini, menurut beliau, tidak ada rakyat Malaysia dilaporkan cedera atau terbunuh di Indonesia.
Kedutaan Malaysia di Indonesia akan terus memantau keadaan di Jakarta dan mengeluarkan laporan yang berkaitan mengenainya.
Pada masa yang sama, Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jakarta turut membuka bilik operasi untuk menerima sebarang laporan berkaitan situasi rakyat Malaysia di Indonesia.
Bilik operasi Wisma Putra di Putrajaya boleh dihubungi melalui talian 03-88892746 atau 03-88874750 manakala bilik operasi di Jakarta di talian +6221-5224947 atau +6221-5224971.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut memberi jaminan bahawa keselamatan rakyat Indonesia di negara ini terjamin meskipun berlaku provokasi di republik itu.
"Walau apa jua keadaan dan provokasi yang sedang berlaku di Indonesia, saya selaku Menteri Dalam Negeri memberi jaminan bahawa keselamatan rakyat Indonesia yang berada di sini terjamin," ujarnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia.
Semalam, sekumpulan penunjuk perasaan bersenjatakan buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Diponegoro di Jakarta dalam gerakan yang dipanggil 'Sapu Malaysia' bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.
Kumpulan berkenaan yang mengikat bendera Indonesia di kepala bertindak menahan semua kenderaan dan meminta pemandu dan penumpang menyerahkan kad pengenalan masing- masing.


petikan dr utusan mesia

rdgs,
mohdsalim.tarip